Gambaran & Keadaan Neraka Jahannam

0 Catatan

Segala puji bagi Allah yang menciptakan syurga bagi orang beriman serta beramal soleh dan menciptakan neraka untuk orang kafir atau orang jahat. Selawat dan salam dicurahkan kepada insan yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam iaitu Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya ada diantara ulama salaf yang mengigil dan meremang bulu roma apabila mendengar azab Allah. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat suci Al-Quran terutamanya menceritakan tentang keadaan di neraka. Hati mereka sememangnya lembut dan cepat mengambil iktibar dan pengajaran. Namun, generasi masa kini yang hanya mengikut hawa nafsunya yang suka mengabaikan solat, derhaka kepada ibu bapa serta melebihkan urusan dunia daripada urusan akhirat. Generasi yang lupa daratan dan sentiasa abaikan suruhan Allah akhirnya akan merugikan diri sendiri mereka juga.

Pernahkah anda menangis kerana menbayangkan diri anda dimasukkan ke dalam neraka?Pernahkah anda menbayangkan jeritan atau tangisan orang yang diseksa didalam neraka?Tidakkah anda takut tergelincir daripada titian As-siratal Mustaqim lalu terjatuh ke dalam neraka yang menyala-nyala?Pernahkah juga anda membayangkan buah zaqqum yang menjadi makanan penghuni neraka?Fikirkanlah betapa ruginya bagi setiap makhluk-makhluk ciptaan Allah yang dimasukkan ke dalam neraka. Oleh itu, di sini saya ingin menceritakan tentang keadaan di dalam neraka Jahannam yang azabnya sungguh dahsyat. Semoga huraian saya ini dapat memberi keinsafan kepada setiap individu yang membacanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang. Wallahualam..

NERAKA
Neraka ialah tempat balasan seksa yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang kafir dan orang Islam yang mengingkari perintahNya. Hukum beriman pada kewujudan neraka adalah wajib. Mereka yang tidak meyakini akan kewujudan neraka adalah dalam kalangan golongan murtad. Firman Allah SWT:

MAKSUDNYA:…peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang kafir.

Allah SWT menceritakan kepada kita mengenai pintu neraka Jahannam dengan firmanNya yang bermaksud:”Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Setiap pintu (telah ditetapkan)untuk golongan tertentu daripada mereka. ”(AL-HIJR:44)

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu, dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya :Apakah belum pernah datang kepada kamu rasul-rasul diantara kamu yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kepada kamu akan pertemuan dengan hari ini?Mereka menjawab:Benar(telah datang). Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab terhadap orang kafir.
Dikatakan (kepada mereka):Masuklah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang yang menyombong diri. ”(AL-ZUMAR:71-72)

Neraka paling tinggi ialah neraka Jahannam. Jahannam ini disediakan adalah tempat untuk orang Islam yang berdosa.

Nama-nama neraka:
Jahannam
Laza
Al-Huthamah
Sa’ir
Saqar
Jahim
Hawiyah

Neraka Jahannam:
Neraka ini dinamakan Jahannam kerana ia bermuka masam atau bengis sewaktu menyambut mangsanya yakni orang yang berdosa. Jahannam akan memakan daging(membakar) orang yang memasukinya. Namun, di antara neraka yang tujuh itu, neraka Jahannam lebih terkenal kerana neraka ini adalah tempat kembalinya orang Islam yang berdosa.

Neraka Laza:
Keadaan neraka Laza pula telah dinyatakan didalam Al-Quran surah Al-Maarij ayat 15 hingga 16 yang bermaksud:”Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka Laza adalah api yang bergejolak, yang mengelupaskan kulit kepala. ”

Neraka Saqar:
Bagi keadaan di dalam neraka Saqar pula Allah SWT telah berfirman didalam surah Al-Muddathir(27-28) yang bermaksud:”Tahukah kamu apa neraka Saqar itu?Saqar itu tidak meniggalkan dan tidak membiarkan. ”
Tidak meninggalkan dan tidak membiarkan membawa maksud apa yang dilemparkan ke dalam neraka itu diazabnya sampai binasa kemudian dikembalikannya semula untuk diazab kembali.

Neraka Al-Huthamah:
Untuk mengetahui keadaan di dalam neraka Al-Huthamah perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?Iaitu api(yang disediakan)Allah yang dinyalakan, yang membakar sampai ke hati. (Al-Humazah:5-7)
Api didalam neraka Al-Huthamah itu membakar tulang-tulang mereka serta membakar sampai terasa sakit di hati atau jantung. Mereka diseksa bermula daripada tumitnya dan api menjalar sampai ke hati dan membakar kulit mereka dan juga seluruh tubuh mereka. Mereka menangis sekuat-kuatnya tetapi tiada sesiapa yang menolong. Mereka berterusan menangis sehingga kehabis air mata. Disebabkan kehabisan air mata maka darahlah yang keluar melalui mata mereka. Darah itu mengalir berterusan sehingga banyak dan dapat menghanyutkan sebuah sampan.

Neraka Jahim:
Neraka Jahim adalah neraka yang besar bara apinya. Firman Allah dalam surah Al-Syu’ra:9
Maksud:“Dan diperlihatkanlah dengan jelas neraka Jahim kepada orang yang sesat. ”

Neraka Hawiyah:
Firman Allah SWT menceritakan neraka Hawiyah yang bermaksud:
Dan adapun orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Dan tahukah kamu apa neraka Hawiyah itu?iaitu api yang sangat panas. (Al-Qari’ah:8-11)

Neraka Sa’ir:
Firman Allah yang menyebut neraka Sa’ir:

Ertinya:”Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya, dan mereka akan masuk ke dalam api yan menyala-nyala(neraka Sa’ir). (Al-Nisa’:10)

Untuk mengetahui keadaan api neraka, api itu pada mulanya dinyalakan selama seribu tahun sehingga ia menjadi merah. Dibiarkan menyala selama seribu tahun lagi sehingga ia menjadi warna putih. Dibiarkan lagi menyala seribu tahun lagi sehingga ia berwarna hitam. Maka jadilah ia hitam gelap.

LUASNYA JAHANNAM DAN KEADAAN APINYA.

Alangkah luasnya neraka Jahannam itu dan alangkah besar pagarnya. Al-Suradiq ialah pagar yang mengelilingi orang yang di dalam neraka Jahannam.

Ibnu Abbas bertanya kepada Mujahid:”Tahukah engkau bagaimana luas neraka Jahannnam itu?setelah Mujahid menjawab tidak kepada soalan itu lalu Ibnu Abbas berkata:Mungkin anda belum tahu bahawa orang yang masuk ke dalam neraka itu menjadi besar badannya. Antara telinga mereka dengan tengkuknya perjalanan tujuh puluh tahun, yang mana di situ ada lembah tempat mengalir kahak dan darah.
Mujahid bertanya:Adakah disana sungai?Ibnu Abbas menjawab:Tidak, di sana hanya ada lembah. Ibnu Abbas bertanya lagi:Tahukah anda luas titian Jahannam?Mujahid menjawab:Tidak. Ibnu Abbas berkata:Aisyah RA bercerita kepadaku bahawa beliau bertanya kepadaRasullulah tentang maksud ayat:
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, pada hal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat, dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. (Al-Zumar:67)
Mendengar ayat itu Aisyah bertanya:Kalau begitu di mana manusia ketika itu?Rasulullah menjawab:Diatas titian neraka Jahannam. Disebabkan luas dan besarnya pagar neraka Jahannam itu maka tiada siapa pun dapat lari daripadanya. Panas neraka Jahannam, sememangnya jauh lebih panas daripada api di dunia iaitu 1 pertujuh puluh daripada api neraka Jahannnam. Rasulullah berkata:Api neraka itu digandakan lagi 69 kali daripada panas api didunia.

GEMURUH NERAKA DAN GELEDAKNYA.

Jahannam itu neraka yang kabut, berasap dan hitam. Keseluruhan neraka itu hitam gelap, airnya hitam, pokoknya hitam serta orang yang diseksa di dalamnya juga hitam. Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. (Ali Imran:106)

Wajah dan badan mereka semua hitam terkena asap dan debu Jahannam. Tidak ada sesuatu yang menyejukkan, sama ada yang menyejukkan hati atau badan. Semuanya dalam keadaan panas dan menyakitkan. Dalam surah al-furqan ayat 12, ada disebut kata-kata Al-Zafir. Al-Zafir bermaksud suara keras. Contoh seperti orang sedang bersin. Dalam surah Al-Mulk pula ada kalimah Shahiq, bermaksud suara keras seperti suara himar atau keldai. Dalam ayat itu juga ada kalimah Tamayyazu, ertinya suara keras seperti suara orang sedang marah. Tegasnya neraka Jahannam itu menggelegak seperti suara air mendidih dalam periuk.

UKURAN KEDALAMAN NERAKA

Dengan kuasa Allah SWT neraka itu pun pandai berkata-kata seperti manusia. Neraka bercakap dan mengadu kepada Tuhannya. Firman Allah yang bermaksud:Dan ingatlah akan) hari yang hari itu Kami bertanya kepada Jahannam:Apakah kamu sudaj penuh?Neraka itu menjawab:Masih adakah tambahan?(Qaf:30)

Sememangnya kita akan hairan melihat orang yang ingin diselamatkan daripada neraka tetapi mereka masih lagi nyenyak tidur dan tidak beramal. Begitu juga orang yang ingin masuk syurga akan tetapi mereka masih juga tidak beramal malah sentiasa menghabiskan masanya dengan tidur.
Neraka Jahannam itu sememangnya sungguh dalam. Seandainya dicampakkan batu ke neraka itu , tujuh puluh tahun barulah batu itu sampai ke dasarnya.

Riwayat Abu Hurairah yang mengatakan:Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba beliau mendengar suara kuat yang memeranjatkan. Beliau berkata:Tahukah kamu suara apa itu?Kami menjawab:Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Beliau berkata:Ini adalah suara batu yang dilemparkan ke neraka semenjak tujuh puluh tahun yang lalu dan sekarang ia baru sampai ke dasarnya.

Neraka itu panasnya bersangatan, dasarnya jauh, alat pukulnya besi dan azabnya bersangatan.
Pintu-pintu neraka Jahannam ditutup rapat, neraka mengepung dan membakar mereka daripada segenap penjuru. Ini menandakan bahawa penyeksaan yang bermula di dalam neraka Jahannam itu bermula dengan sungguh-sungguh. Mereka diseksa dengan azab yang amat dahsyat. Begitulah keadan neraka dan sesungguhnya neraka itu juga mempunyai kedalaman yang jauh dan setiap yang membuat dosa akan dicampakkan ke dalam neraka. Allah menjadikan neraka itu dalam supaya setiap makhluk Allah yang mengingkari perintah Tuhannya, semuanya akan diseksa dan tidak ada yang terkecuali melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh.

RANTAI DAN CAMBUK DI NERAKA

Di neraka juga tersedia alat-alat seksaan yang terdiri daripada kekang, belenggu, rantai, cambuk besi dan sebagainya. Sesungguhnya kekang neraka itu besar. Satu kekang neraka sahaja ditarik oleh 70, 000 malaikat. Firman Allah SWT yang bermaksud:Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, sambil mereka diseret ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api. (Ghafir:71-72)

Firman Allah yang bermaksud: (Allah berfirman):Peganglah dia, kemudian belenggulah tangannya ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. (Al-Haqqah:30-32)

Kata Ibnu Abbas, ukuran hasta ialah hasta malaikat dan rantai yang membelit itu masuk melalui duburnya kemudian terus ke dalam perut dan keluar daripada halkumnya, kemudian ia dibengkok melengkung terus bercantum ubun-ubun kepalanya dengan kedua-dua tapak kakinya sehingga ia tidak dapat bergerak. Ada orang yang dicampakkan ke dalam neraka dalam keadaan tangan berikat pada lehernya. Kedua-dua tangan mereka dihimpunkan ke leher kemudian diikat dengan kuat.
Orang yang diazab di dalam neraka itu diikat atau dibelunggu bukan bermaksud Allah takut mereka lari, tetapi sebagai penghinaan bagi mereka. Sama seperti penjahat yang dibawa ke mahkamah, tangannya digari walaupun dia dikelilingi oleh pengawal. Selain daripada yang disebutkan itu, neraka Jahannam juga ada alat pemukul daripada besi besar, yang mana gunung pun akan hancur jika dipukul dengan pemukul itu. Oleh itu bertaubatlah kita sebelum terlambat.

LEMBAH DAN GUNUNG DI NERAKA JAHANNAM.

Kalau disebut neraka, mungkin kita akan terbayang api yang besar dan tinggi sahaja. Sebenarnya di dalam neraka Jahannam juga terdapat lembah dan gunung. Dalam Al-Quran banyak disebut kalimah Al-Wail. Ramai ulama terdahulu yang mengatakan Al-Wail itu bermaksud lembah atau wadi.

Ata’ bin Yasar berkata:Al-Wail maksudnya lembah daripada api neraka Jahannam, yakni tempat membakar orang kafir. Seandainya gunung yang ada di dunia dicampakkan ke lembah itu akan menjadi debu kerana panasnya.

Di neraka Jahannam juga ada terdapat gunung yang dalam Al-Quran diistilahkan dengan Al-Sa’ud. Syafi Al-Asbahiy berkata:Di neraka Jhannam ada gunung yang disebut Al-Sa’ud. Orang kafir akan disuruh mendaki gunug itu, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang menyusahkan. (Al-Muddathir:17)

Di neraka Jahannam juga menpunyai istana yakni istana api yang dipanggil Hawa’. Dicampakkan padanya orang kafir, yakni ke atasnya, kemudian empat puluh tahun barulah sampai ke dasarnya.

Di neraka Jahannam juga ada wadi(lembah)yang dipanggil Atsam dan di situ banyak ular dan kala. Pada mulutnya dapat memuat tujuh puluh kolah racun berbisa. Kala yang ada di neraka itu besar seperti keldai. Kala itu mengigit penghuni neraka. Kala itu tahan dengan keadaan panasnya api neraka kerana ia dicipta Allah untuk menyeksa penghuni neraka.

Dineraka Jahannam ada juga lembah yang dipanggil Ghayya. Ia menampung nanah dan kahak orang yang diseksa di dalam neraka Jahannam.

PAKAIAN DAN TIKAR AHLI NERAKA.

Sesungguhnya pakaian penghuni neraka itu adalah pakaian yang dibuat daripada api dan Allah telah menciptakan tikar daripada api buat penghuni neraka. Di neraka Jahannam tersedia tikar tempat tidur dan juga selimut. Tikar atau tilamnya bukan daripada span tetapi daripada api. Selimutnya juga bukan daripada kain tetapi daripada api.

Firman Allah SWT yang bermaksud:Mereka mempunyai tikat tidur daripada api neraka dan di atas mereka ada selimut(api neraka). Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang yang zalim. (Al-A’raf:41)

Hasan Basri berkata ketika ada orang menyebut tentang neraka di hadapannya:Dipakaikan kepada mereka terompah atau selipar daripada api, baju daripada tar yang panas. Makanan mereka daripada api, minuman mereka daripada api, tikar mereka daripada api selimut daripada api dan rumah daripada api. Itulah tempat yang paling malang dan menyakitkan.

Sedangkan Wahab bin Munabbih mengatakan:Adapun orang yang diazab di dalam neraka itu, mereka betul-betul sengsara. Mereka tidak pernah tidur, mereka tidak akan mati, mereka berjalan di atas api, duduk di atas api, minum daripada peluh dan nanah penghuni neraka. Makanan mereka adalah buah zaqqum(buah berduri) yang panas. Tikar dan selimut mereka daripada api, baju mereka daripada tar panas dan mereka dikepung oleh api.

ULAR DAN KALA NERAKA JAHANNAM.

Firman Allah SWT yang bermaksud:Orang yang kafir dan menghalangi manusia daripada jalan Allah, Kami tambahkan untuk mereka seksaan di atas seksaan disebabkan mereka selalu membuat kerosakan. (Al-Nahl:88)

Ibnu Mas’ud berkata seksaan itu maksudnya kala besar yang lehernya panjang seperti pohon kurma.

Diriwayatkan oleh Mujahid RA, bahawa neraka Jahannam itu mempunyai telaga yang didalamnya ada ular sebesar leher unta dan juga kala sebesar keldai.

BADAN MEREKA DIBESARKAN ALLAH

Orang yang diseksa didalam neraka sengaja Allah besarkan badannya supaya mereka lebih merasaka perit azab neraka itu. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:Ertinya:Gigi geraham orang kahir seperti gunung Uhud dan tebal kulitnya perjalanan tiga hari bagi penunggang yang cepat. (Muslim)

Sesungguhnya azab api neraka itu sangatlah sengsara. Oleh itu marilah kita memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT supaya kita terhindar daripada azab api neraka. Atha’ bin Yasar Al-Khurasany menyeru kawan-kawanya yang sama-sama musafir dengannya:Wahai polan. wahai polan…malam hendaklah kita solat malam dan siang kita berpuasa. Itu semua jauh lebih ringan lagi daripada dipaksa mium peluh dan nanah di neraka dan memakai pakaian api. Bayangkan kita sekarang seolah-olah berdiri di hadapan pintu neraka Jahannam menyaksikan asapnya yang emngepul, apinya yang membara dan juga suaranya yang menggelegak. 
 
Anda sangat menyesal kerana dahulu membuat maksiat dan tidak mengerjakan printah Allah. Untunglah ini masih khayalan dan belum berlaku. Kita masih berpeluang untuk menyelamatkan diri daripada neraka yang azab itu. Oleh itu, marilah kita banyak-banyak memohon supaya dijauhkan daripada neraka itu. Sekadar berdoa tidak cukup, tetapi harus disertai dengan usaha atau amalan
 
Saksikan VideO Di Bawah Untuk Ketahui Sama Ada Adakah Sudah Ada Penghuni Syurga & Neraka Kini.

.
.
.

Read More »

Video - Cium Bini Depan Orang Ramai

0 Catatan

gambar hiasan

Assalamualaikum, Kepada Semua??? Just nak berbagi jerr.. hope anda menerimanya...

Jom Kita Saksikan Apa hukum cium bini depan khalayak ramai... 

.
.
.

Read More »

15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat

0 Catatan

Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai ‘Penghulu Segala Hari’.
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
.
Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  (HR. Muslim)
.
.

Keutamaan Hari Jumaat

.
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
.
.

1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
.
  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)
.
Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”
.
.

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin

.
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
.
Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
.
Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
.
Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
.
.

3.  Penghulu Segala Hari

.
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”
.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
.
.

4.  Hari Kebesaran Mingguan

.
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
.
.

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat

.
Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
.
.

6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi

 .
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
.
.

7.  Hari Mustajab Berdoa

.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a.     Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b.     Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis  yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.”  (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).
.
Keterangan lanjut :-
‘Masa-masa Mustajab Berdoa di Hari Jumaat’ ~ (Klik Di Sini)
 .
.

8.  Hari Dihapuskan Dosa

.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
.
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
.
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).
.
.

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah

.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)
.
.

10.  Hari Meraih Pahala

.
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
.
.

11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT

.
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
.
.

12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’

.
Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.
.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
.
.

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur

.
Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.

14.  Hari Berlakunya Qiamat

.
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
 .
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
 .
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)
.
.

15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga

.
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas :‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
.
#*
Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
.

Read More »

6 Bahagian Badan Lelaki Yang Seksi

0 Catatan

1. Bahu
Wanita suka melihat bahu lelaki yang luas kerana akan menampakkan kesasaan badan lelaki. Seorang wanita menulis, “Saya suka apabila suami menggerakkan bahunya, dari situ saya boleh nampak otot lengannya dengan jelas” – dipetik dari pendapat awam di laman web.

2. Dada
Sama seperti lelaki yang lebih tertarik melihat bahagian dada wanita. Kebanyakan wanita suka berimaginasi tentang bahagian dada lelaki apabila kameja yang dipakai jatuh terletak di atas dada yang bidang.

3. Lengan
Oh come on! Wanita mana yang tak suka lengan lelaki yang berotot?

4. Bibir
Nilai estetika pada bibir lelaki? Bergantung pada cita rasa wanita, ada yang sukakan bibir lelaki tebal ada juga yang suka nipis. Siapa tak geram melihat Channing Tatum dalam filem The Vow?

5. Tangan
Tidak perlu manicure kuku, cukup sekadar kuku yang bersih dan dipotong kemas. Kebanyakan wanita sangat menitikberatkan kebersihan tangan, kerana dari situ mereka menilai kebersihan bahagian tubuh lelaki yang lain.

6. Punggung
Zaman sekarang ini, makin kecil punggung wanita makin seksi. Tapi berbeza dengan lelaki, wanita gemar melihat punggung yang sedikit berotot terutama sekali apabila mengenakan seluar jean yang sesuai.
.
.
.

Read More »

SERAM Pemilik Rumah Drama Tanah Kubur Diganggu Hantu

0 Catatan
                             image

 PETALING JAYA: Pemilik sebuah rumah yang disewa kru produksi drama seram mendakwa kediamannya menerima ‘gangguan’ selepas penggambaran drama bersiri Tanah Kubur pada bulan lalu.

 Zainab Baharuddin, 65, atau mesra disapa Mek Nab memberitahu, rumahnya yang terletak di Kuang, Sungai Buloh itu 'diganggu' dengan pelbagai kejadian pelik termasuk bunyi rumah diketuk dan seakan ada orang menggaru dinding selepas penggambaran drama itu berakhir, kira-kira tiga minggu lalu.

“Mulanya, saya tidak mahu untuk percaya pada 'gangguan' itu tapi apabila cucu saya mendengar bunyi dinding rumah kami diketuk dan dicakar pada pukul 2 pagi, kami jadi tidak selesa.

"Malah, saya sendiri pernah mendengar gangguan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan 'gangguan' berkenaan, Mek Nab berkata perkara itu berakhir selepas dia mengamalkan bacaan surah Yasin di dalam rumahnya.

“Saya ini jenis yang susah hendak percaya pada benda pelik-pelik macam itu, jadi saya hanya membaca surah Yasin dan apabila kejadian itu berlaku saya bercakap seolah-olah meminta supaya gangguan itu berhenti.

“Alhamdulillah, kini 'gangguan' itu sudah tiada lagi dan saya berasa serik untuk menyewakan rumah kepada produksi drama atau filem seram lagi selepas ini,” katanya. 

image

 Katanya, 'gangguan' itu pertama kali berlaku kepada keluarganya sejak dia menyewakan rumah bagi tujuan penggambaran drama atau filem sejak beberapa tahun yang lalu.

“Kalau diikutkan saya memang keberatan untuk menyewakan rumah untuk penggambaran drama atau filem seram dan tahyul tetapi disebabkan mereka (kru produksi) merayu, saya jadi kasihan pula.

“Tapi tidak sangka pula, pada kali ini, rumah saya mendapat ‘gangguan’ kerana sebelum ini tidak pernah pun kejadian pelik ini berlaku,” katanya.

Susulan kejadian itu, Mek Nab berkata pada masa akan datang dia hanya akan mempertimbangkan untuk menyewakan rumahnya bagi penggambaran drama atau filem selain daripada genre seram sahaja.

Sementara itu, pengarah drama terbabit, Rashid Sibir yang dihubungi berkata dia tidak pasti sama ada 'gangguan' itu berpunca daripada penggambaran dramanya atau produksi lain. 

 image 

"Saya tidak tahu sama ada kejadian itu berpunca daripada pihak kami, penggambaran drama lain atau mungkin juga secara kebetulan.

"Apa yang pasti, penggambaran Tanah Kubur tidak membabitkan pemujaan, kemenyan atau peralatan yang boleh menggalakkan kehadiran 'gangguan' itu.

"Sebaliknya, drama arahan saya itu hanyalah tentang mayat orang meninggal dan upacara penyempurnaan jenazah yang melibatkan ayat-ayat Al-Quran dan bukan berkaitan syaitan atau perkara mistik," katanya.

Rashid berkata dakwaan sebegitu pertama kali didengarnya sejak Tanah Kubur dilanjutkan sehingga musim ketiga.
.
.
.

Read More »

10 Kesalahan Dalam Solat Tanpa Disedari

0 Catatan
 
Post kali ni, mari kita bincang bab solat pula. Sebenarnya post ni adalah berdasarkan hajat seorang pelawat blog ni, yang menamakan dirinya 'saya'. Sekian lama bertangguh akibat ketandusan ilham dan kecetekan ilmu, alhamdulillah saat ni Allah SWT izinkan saya untuk bertinta walaupun ilmu ni hanyalah secebis, malah mungkin kurang daripada secebis.

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah...

1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Maksud hadis:

"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?"

"Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu'alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kiblat
 
Cuba lihat video di bawah ini.. adakah ini cara orang islam solat???

- See more at: http://kalamdunia.blogspot.com/2014/02/10-kesalahan-kesalahan-dalam-solat-yang.html#sthash.IQJ5VcnK.dpuf

Detik Usia 40 Tahun

0 Catatan

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ
  لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya.

Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar.

 Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
.
.
.

Read More »

Raja Azmi Kini Bertudung

0 Catatan

raja azmi bertudung

Alhamdulillah. Pernah mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung, kini Raja Azmi telah pun mengambil keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya.

Cantik sungguh apabila Raja Azmi memakai tudung. Sedap mata memandang.

Terserlah wajah penuh keibuan, ketenangan dan kecantikan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Azmi atas penghijrahan ini.

Menarik juga cerita penghijrahan Raja Azmi ini. Bagus untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua. Kata Raja Azmi menerusi Mstar Online:-
''Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab.
Saya tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataan saya sebelum ini. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan bertudung.
Langkah menukar imej itu adalah sebahagian daripada keinginan saya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam dengan lebih mendalam
Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan. Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala''
raja azmi bertudung

Suami dan anak-anak Raja Azmi ternyata gembira dengan perubahan ini. Abang Nara yakin para peminat Raja Azmi juga turut bergembira. Semoga Raja Azmi terus istiqamah menutup aurat. Tahniah diucapkan
.
.
.

Read More »