REMAJA GAGAL MASUK KE TANAH SUCI AKIBAT GEMAR TONTON VIDEO LUCAH!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran kepada kita semua.
Kisah ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din..
Gambar ini cuma hiasan je!!!
Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya, jadi saya tidak mengenali
beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia
hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti
orang ketakutan.
Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.
Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila
orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik
ke rumah tumpangannya.
Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.
Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang
memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya
bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba
mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.
Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu
kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian
rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang
lelaki itu.
Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan
meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya
lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah
berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.
Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan.
Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir
hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.
Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk
ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam
keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya.
Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.
Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubati lelaki
tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid,
itupun cuma sampai ke pintu.
Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.. InsyaAllah
Saksikan Video Di Bawah Ini
Saksikan Video Di Bawah Ini
.
.
.

0 Catatan: