SIAPA IKWAN ???

Assalamualaikum ???

      Saya Muhammad Ikwan Bin Zakaria atau Nama Samaran Saya Ikwan, Di sini Saya ingin menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup saya.... Umur saya pada tahun 2013 ini adalah 16 tahun.... hehe ye memang betul saya masih belajar lagi Smk Nasiruddin Shah Besut....

     Ok, Sekarang kita mulakan ye... tapi kalau korang x nak baca aku punya cerita ni x pe lah nak buat cam ne kan... aku x pakse... Pada tahun 1997 iaitu hari Isnin Tepat Jam 1:15 a.m. Seorang budak Lelaki Telah dilahirkan oleh seorang ibu yang bernama Che Mariah bt. Salleh,46 di Hospital Besar Jerteh,Besut Terengganu....

     Suami Kepada Che Mariah Bernama Zakaria bin.Mat Deri, 51, Pada hari itu adalah hari bahagia mereka.... tidak lama selepas beberapa hari mereka telah menamakan anak mereka itu sebagai Muhammad Ikhwan bin Zakaria... Mereka telah pergi ke Hospital untuk mendaftarkan nama anak mereka... Ketika Jururawat Menulis Nama anak mereka itu tiba-tiba Jururawat itu sebenarnya telah silap mengeja nama anak mereka yang sepatutnya Ikhwan menjadi Ikwan... oleh kerana mereka x perasan dengan semua itu jadi keluarlah surat beranak yang nama anak mereka dieja sebegitu...

     Mereka sangat gembira apabila dapat membesarkan anak mereka yang Kelima itu... Setelah hampir
6 Tahun Ikwan Dibesarkan pada tahun 2003 iaitu saat itu umurnya mencapai 6 Tahun dan telah dihantar ke Sekolah Awal iaitu di Tabika Kemas.... Selama berada di Tabika Ikwan mulai mengnali kawan-kawan...

       Selama setahun di Tabika Kini tahun 2004, Ikwan berumur 7 Tahun dan langsung dihantar Ke Sekolah Rendah yang hanya berada di belakang rumahnya saja... iaitu SK Gong Bayor, Pada awalnya Ikwan hanya senyap je di dalam kelas kerana masih belum mempunyai kawan... tetapi setelah beberapa hari Ikwan sudah mempunyai ramai kawan... pada awalnya Ikwan berada di kelas bawah tetapi lama kelamaan Ikwan semakin pintar hehe... Cikgunya pun meletakkannya di kelas yg pertama.....

      Seterusnya, pada tahun 2005 pula Ikwan telah menjejak ke darjah 2... ketika berada di darjah 2 seorang guru telah menawarkan Ikwan untuk memegang Jawatan sebagai Pengawas Sekolah & langsung menerimanya.... Ikwan berkhidmat sebagai pengawas selama 4 tahun sehinnga darjah 6... banyak betul kenangan pada zaman sekolah rendah dulu... antara kenangan yang x boleh ku lupa ialah Cikgu Pai Ross telah mengajarku selama 3 tahun & x sah kalau dia masuk kelas x cubit & suruh mencangkung tu pun kalau buat salah hehe..

      Di samping itu, ketika darjah 4 aku telah ditampar sehingga keluar air liur oleh cikgu Matematikku iaitu Cikgu Roslan .... kenapa aku kena tampar??? kerana aku selalu x bawa buku kerjanya & selalu x siapkan kerja rumah... ok lah pada tahun 2009 aku telah lulus sekolah & mendapat keputusan UPSR 1A,4B sedihnya.... rezeki la katakan...

       Tahun 2010 aku menjejak kaki ke Sekolah Menengah iaitu SMK Nasiruddin Shah.... di situ aku happy sangat kerana telah bergelar remaja & dapat mengenal ramai kawan baru... & tahun 2012 aku menduduki PMR dan keputusan x berapa memuaskan cuma 2A.3B,3C ... x pelah... tahun 2013 pula aku berada di ting. 4 dan aku happy sangat kerana guru2 di kelasku ini semua sporting belaka....

    Ok lah aku tahu korang pon bukannye suka baca panjang2.... terima kasih lah coz baca....

by- Ikwan

0 Catatan: