3 Tips Mengayat Awek Cun

3-Tip-mengayat-Awek-Cun/

 Adakah jantung anda berdegup kencang setiap kali melihat gadis idaman di kafe? Namun setiap kali ingin mulakan perbualan, lidah terasa kelu?

Usah bimbang, di sini kami akan bantu anda dengan senaraikan ayat yang boleh digunakan untuk menarik perhatian si dia. Jangan takut, ayat-ayat berikut tidak mungkin menyebabkan anda dilempang.

“Cantiknya.. mata awak.”

Perempuan suka dipuji. Tetapi bukan sekadar, “Cantiknya awak.” Cuba lebih spesifik tentang apa yang membuatkan si dia cantik di mata anda. Adakah rambut dia yang cantik atau kening dia yang cantik? Jangan pula puji bahagian tubuh badan si dia. Ini mungkin menyebabkan anda ditampar!

Buat lawak

Perempuan sukakan lelaki yang kelakar dan pandai membuatkan dia tertawa. Kalau anda bijak menghiburkan hati si dia, tidak mustahil dia akan memberikan nombor telefon kepada anda dan ingin lebih mengenali diri anda dengan rapat.

Jangan keterlaluan

Biar simple, tetapi terus mengena. Tidak perlulah bersajak panjang, “Mata you biru macam laut Cina Selatan..” Ini membosankan dan nampak sangat cheesy.  

 SILA KLIK MANA MANA IKLAN DALAM BLOG INI ANDA BERPELUANG MEMENANGI SAMSUNG & NEW IPAD
.
.
.

0 Catatan: