Gambar Pernikahan Black
GAMBAR EKSLUSIF MAJLIS AKAD NIKAH BLACK HANAFIAH DAN NAQUIA |
Hanya
dengan sekali lafaz, penyanyi Black Hanafiah akhirnya bergelar suami
kepada Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28, dalam satu majlis yang diadakan
di Zebra Square, Kampung Pandan, hari ini.
Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohd Khairi Abu Hassan, 55, kira-kira pukul 12.06 tengah hari.
Ia turut disaksikan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara di sini iaitu Mohammad Syukri Yaacob.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM12,000.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Antara barang-barang hantaran daripada
pihak lelaki ialah minyak wangi, cincin, telekung, set kosmetik, iPad
mini dan sepersalinan baju.
Manakala, barang hantaran pihak
perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, Al-Quran,
songkok, tali pinggang dan dompet, cincin serta minyak wangi.
Sementara itu, majlis resepsi
persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat (malam
ini) di Dewan Komuniti Bangsar di sini untuk keluarga perempuan manakala
Sabtu (esok) di Zebra Square untuk keluarga lelaki dan rakan-rakan
artis.
Bagi peminat pula, Black memilih untuk
berkongsi hari bahagianya pada Ahad ini di Padang Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di sini.
0 Catatan: