Jangan Kongsi Di Laman Sosial
Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda
.
.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila
institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan
penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat
bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan
keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi
mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang
memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang
tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya
menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda
‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut
memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi
tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi
malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka
menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama
apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika
mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut
yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor
telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi
untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan
rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda
memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari
bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi
bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai
televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang
berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan
membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si
pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin
berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian
penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
..
0 Catatan: