Ngeri! Wajah Berubah Selepas Menyeksa Ular
BOGOR, Jawa Barat –
Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor
Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu
setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.
Akibat
penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di
sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya
tidak kelihatan.
Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.
Memburukkan
lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut
dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung
melawatnya.
Menurut
isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu
berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor
ular.
Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.
Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.
”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.
Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.
Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.
Kata
isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital
berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu
merawat penyakit Adi.
Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu,
pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan
tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI
SILA KLIK MANA MANA IKLAN DALAM BLOG INI ANDA BERPELUANG MEMENANGI SAMSUNG & NEW IPAD
.
.
.
0 Catatan: