Teguran Seorang Ustaz Kepada Isteri Mat Yo
PENDAKWAH
Bebas Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur kelakuan Siti Aisya Adam,
isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha atau
Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan 12 September lalu.
Dalam satu
post di laman Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar, beliau mengakui kasihan
dan menyayat hati bila pengawal keselamatan itu Azman Mohd Nayan dimaki
hamun oleh isteri Mat Yo dengan pelbagai kata cacian.
“Memang
kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita,
terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang
berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini
mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada.
“Apakah
pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari
rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo
juga,” katanya.
Tuan Asmawi
turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa doa-doa orang yang
dizalimi itu dimata manusia ia sekadar kata-kata tetapi tidak di
pandangan Allah.
“Ingatlah
saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di
mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti
halilintar yang menyabung,” katanya.
Baru-baru
ini Siti Aisya dipercayai telah memuatnaik satu video beliau memaki
hamun Pakcik Azman di terminal Subang Skypark, Subang selepas Pakcik
Azman meminta dia mengalihkan kenderaan kerana sudah diletakkan di
tempat yang tidak dibenarkan.
Video
selama 55 saat itu menunjukkan isteri Mat Yo memaki pengawal keselamatan
itu dengan kata-kata bodoh dan juga menggelarnya ‘jantan dayus’
Kami
kemudiannya pergi menemui Pakcik Azman dan mendengar penjelasannya
sendiri yang akhirnya meluahkan bahawa isteri Mat Yo turut menendangnya.
SILA KLIK MANA MANA IKLAN DALAM BLOG INI ANDA BERPELUANG MEMENANGI SAMSUNG & NEW IPAD
.
.
.
0 Catatan: