Mati Buang Tatoo Pada Badan
Dalam kejadian jam 4.30 petang, N Dinesh Nair, 25, dari Taman Tiong,
Kulim, ke sebuah klinik di Jalan Sekerat, di sini, bagi membuang tatu di
badannya, namun tiba-tiba pengsan ketika proses mencuci sebelum
dikejarkan ke HSAH dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
HSAH, namun meninggal dunia selepas 12 hari di situ, kelmarin,” katanya.
“Mangsa membuang tatu di klinik berkenaan selepas mendapat surat
panggilan temu duga bagi jawatan konstabel Polis Diraja Malaysia
(PDRM),” katanya. di sini, semalam.
Berikutan itu, keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan
klinik berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kaula
Muda, pagi kelmarin.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian.
.
.
.
0 Catatan: