10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Asia merupakan sebuah benua besar
yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya serta cara hidup. Dengan
kepelbagaian kaum dan ras sudah pastinya terdapat pelbagai jenis
makanan. Atas dasar world of views dan perbezaan geografi maka pelbagai
jenis makanan terhasil. Jom kita tengok makanan pelik orang Asia.
walaupun begitu saya tidak memfokuskan kepada haiwan eksotik, mahu pun
yang biasa kita dengar seperti daging anjing atau katak.Pelik kerana
ianya sangat berbeza, unik dan menarik, namun mungkin tekak anda akan
loya apabila makanan ini dihidangkan didepan anda, jom layan.
Balut.
Merupakan
makanan tradisional dari Filipina, dan menjadi kegemaran ramai.Bahan
asasnya ialah telur itik atau ayam.Telur tersebut mestilah telur yang
sudah dieramkan dan hanya menunggu masa untuk menetas. Embrio telur
sudah membentuk tubuh ayam atau itik yang sudah sempurna. Biasanya ianya
dimasak dengan rebusan kicap atau perisa dan dicicah dengan sos.
Menurut orang filipina, makanan ini memang sedap dan menyelerakan.Cuma
berhati-hati sewaktu memakannya, mungkin tulang atau bulu ayam akan
terlekat di tekak.

Balut
Drunken Shrimp.
Makanan
yang menjadi kontroversi di China, udang mentah yang masih hidup
digaulkan bersama-sama dengan arak dan dijadikan hidangan. Masih popular
di sesetengah tempat di China, walaupun dianggap kejam. Makanan laut
secara mentah ini sangat berbahaya,kerana mengandungi bakteria dan
mikroorganisma yang belum mati.
Ying Yang Fish ( Ikan Ying Yang )
Merupakan
makanan yang diharamkan di Taiwan, namun masih popular di sebelah Asia
Timur.Ying yang merupakan tenaga di dalam badan yang terbahagi 2, baik
dan jahat, namun diterjemahkan kepada ikan, dimana, ikan akan dimasak
hanya di bahagian badannya, sementara ikan tersebut masih hidup.Memang
merupakan cara masakan yang kejam,kerana insang ikan masih
tercungap-cungap sementara isinya dimakan.
Serangga- Tarantula, cengkerik, belalang
Tarantula, makanan lazat bagi masyarakat kemboja
Sannakji Hoe ( Sotong Mentah Hidup )
Sotong
diletakkan di dalam akuarium, jika pelanggan ingin memakannya, sotong
tadi ditangkap, dipotong-potong, kemudian digaulkan dengan minyak dan
biji bijan, dan di makan mentah-mentah. Merupakan makanan popular di
Korea, kata mereka lebih menarik jika sotong tersebut bergerak-gerak di
dalam pinggan, lebih menyelerakan.



Telur Semut Merah
Merupakan
makanan kegemaran bagi masyarakat di Thailand.terdapat di kawasan gerai
jalanan sehinggalah di ke restoren mewah. Makanan eksotik ini biasanya
dihidangkan di dalam bentuk sup.Kata orang Thailand sewaktu memakan
telur semut,ianya begitu lembut, dan meletup di dalam mulut dengan rasa
yang istimewa.

Ikan Mentah ( Jepun )
Masyarakat Jepun memang terkenal dengan pelbagai makanan mentahnya.
Ikan
menari, ikan kecil ini dimakan mentah,dihirup,dikatakan ikanmenari
kerana ia berenang-renang di dalam mulut sebelum ditelan !
Shiokara,Makanan laut, dari ikan mentah,yang bercampur garam dan cuka yang di tapai ( lebih kurang macam budu kut? )
Natto- soya yang ditapai, sangat busuk, tetapi menjadi makanan sarapan pagi masyarakat Jepun
Mata Ikan Tuna sebagai hidangan istimewa.Ada banyak lagi makanan di seluruh dunia yang pelik, namun di dalam Islam kita mesti memilih makanan yang bersih, suci lagi halal, kerana makanan membentuk jiwa dan keperibadian.kalau korang nak tahu makanan peik di seluruh dunia boleh ke sini




0 Catatan: