TIPS BERCUKUR BUAT JEJAKA...
Sudah pasti kebanyakan lelaki di luar sana sudah biasa dengan aktiviti bercukur tidak kira sama ada misai ataupun janggut tetapi adakah anda pasti cukuran anda benar-benar bersih dan licin? Jika cukuran anda tidak licin sudah pasti wajah anda akan kelihatan tidak bersih dan kemas.
Kebanyakan lelaki mengambil remeh hal seperti ini. Jika anda benar-benar ingin tampil segak dan tampan pastikan cukuran anda betul. Sebelum bercukur, skrub wajah anda dengan lembut dengan menggunakan skrub wajah. Dengan skrub ini dapat menanggalkan sel kulit mati, mengeluarkan ingrown hairs dan dapat mengurangkan 'razor burn'.
Ramai yang masuk bilik air terus bercukur dengan mengunakan air sejuk tetapi adalah lebih baik wajah anda dicuci terlebih dahulu dengan air suam. Selepas itu mungkin ada boleh mandi dahulu biarkan wajah anda selama 20 minit kemudian baru bercukur. Ini tidak ramai yang tahu bahawa bercukur juga sesuai dilakukan selepas waktu bersenam ini kerana peluh yang keluar membuka liang roma dan lembutkan rerambut.
Cara bercukur juga perlu di ambil kira. Pastikan anda bercukur mengikut arah rerambut tumbuh dan bukan arah yang bertentangan. Jika bertentangan cukuran anda, kulit anda akan menjadi kemerahan dan juga gatal. Setiap kali menarik pisau cukur di wajah anda, bersih pisau cukur yang dipenuhi rerambut jika tidak, cukuran anda menjadi tidak lincin dan sekata.
Sesudah selesai cukuran di seluruh wajah anda, cucilah wajah anda dengan sebersih-bersihnya dan pastikan lebih krim ataupun gel turut bersih bagi mengelakan liang pori tertutup dan mengurangkan keradangan kulit. Akhir sekali, untuk melengkapakan proses cukuran anda, sapu pelembab ke wajah anda bagi memastikan wajah sentiasa lembab dan segak.
0 Catatan: