Bayi Jalani Pembedahan Buang Kepala Tambahan
BAYI JALANI
PEMBEDAHAN BUANG KEPALA TAMBAHAN | AFGHANISTAN – Seorang bayi perempuan
yang dilahirkan dengan satu lagi kepala, selamat menjalani pembedahan
bagi membuang kepala tambahan tersebut.
Asree Gul, yang dilahirkan kembar, menjalani pembedahan itu di bawah kelolaan pakar bedah, Ahmad Obaid Mojadi.
“Ibunya melahirkan sepasang bayi kembar perempuan. Asree sihat, namun
mempunyai kecacatan dengan satu lagi kepala melekat di bahagian belakang
kepalanya.
“Kami telah memisahkan kepala tambahan itu daripada badannya,’’ katanya.
Ahmad turut menyifatkan pembedahan itu sebagai pembedahan paling sukar yang pernah dijalankan di negara miskin tersebut.
Asree yang merupakan anak kepada petani itu menjalani pembedahan
tersebut secara percuma memandangkan dia berasal daripada keluarga
miskin.
Bayi tersebut kini semakin sihat dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
.
.
.
0 Catatan: