Syarikat Keselamatan Tetap Saman Isteri Mat Yo
TIADA MAAF BUAT BINI MAT YO SITI AISYA | ISU MAKI DAN HINA AZMAN NAYAN
DI TERMINAL 3 SUBANG SKYPARK 12 SEPTEMBER 2013 – ISTERI MAT YO, SITI
AISYA TELAH MOHON MAAF NAMUN TIDAK DITERIMA
Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau sudah terlajak kata, buruk padahnya.
Itulah yang harus diterima oleh Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola
sepak Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selepas kejadian memaki-hamun
dan menendang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, di lapangan
terbang Subang, 12 September lalu.
Permohonan maaf yang dibuatnya beberapa hari lalu dan disiarkan di
dada-dada akhbar nampaknya tidak berjaya melembutkan hati Pengurus
Cawangan Valiant Force Sdn. Bhd, Mukhveer Singh Gill yang bertekad untuk
membawa kes itu ke mahkamah.
Melalui laporan Harian Metro semalam, Mukhveer berkata, pendirian itu
diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan
insiden itu ke mahkamah.
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan
melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya.
Rakaman pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai
selepas dimuat naik ke Internet dan disebar secara meluas oleh pengguna
laman sosial Facebook serta YouTube.
Wanita itu
bagaimanapun menafikan bahawa dia yang memuatnaik video tersebut dan
mendakwa ia dilakukan oleh orang lain, namun enggan mendedahkannya.
Mukhveer turut mendedahkan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima dari Aisya yang berbunyi:
“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna
protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”
Nampaknya, perkara ini akan berpanjanganlah jawabnya. Apa-apa pun kita
tunggu dan lihat sahaja sejauh mana hangatnya kes ini jika ia
benar-benar dibawa ke mahkamah nanti
0 Catatan: